
Sebenarnya rasa teruja. Baru je diberi satu 'keindahan' bila keluar dari kelas. Physiological psychology. Belajar tentang manusia. Neuron, otak..fungsinya. Alhamdulillah.
Apa yang dicetuskan oleh Dr Hari tadi. Ahh, terasa pula di muka sendiri. Aku cuma tunduk. Dia tanya pada kami "Apa perasaan kamu bila hari graduasi sedang hampir ke setiap universiti? Di Uia"
Ada yg kata seronok. Ada yang kata excited. Macam-macam perasaan. Aku??
"You know what ma'am, I'm thinking about me and myself..still. Thinking of my own journey and responsibility. I wanna make sure that I'll be at that stage to receive my own scroll from Sultan" Yakin kedengaran suaraku. Semua mendengar. Aku tak tahu apa yang orang lain rasa.
Dr Hari mengangguk. Dia cerita tentang satu fenomena. Tentang apa yg terjadi di Bumi Luar bila graduan sudah melangkah ke alam masyarakat yg lebih besar. Tahu kah?? Dr Hari kisahkan tentang bekas pelajar yang terlibat dengan dunia homoseksual. Terang-terang mengaku punya hubungan terlarang, gay-lesbian. Dr Hari..Dr Syukran menepuk dahi.
"Apakah benar tindakan kita untuk membebaskan mereka dari dunia kampus?"
"Apa sebenarnya yang mereka belajar di Taman Ilmu dan Budi ni?"
Kisah satu lagi. Dr Hari terduduk bisa. Kes seorang bekas pelajar yang dgn bangganya pada suatu hari mengatakan bahawa dia sudah bebas. Bebas dari UIA. Bebas dari segi apa???
Dia tak lagi berhijab. Dia kata dia bebas. Dia kata dulu dia dikongkong.
"Undang-undang dalam kampus ni straight" Dan..dia dulu yang pernah memberi sokongan bila Dr Hari berbicara tentang Islam dan keindahannya.
Hipokrasi??
Sang perempuan itu berkata dengan kagum, bangga. Dia berkata seolah dia telah terlepas dari tampuk pemerintahan kejam. Jadi, selama ini apa yang dia pelajari?? Pensyarah kurang memberi kah??
Dr Hari kisahkan tentang kami. Tentang apa yg kami sedang dan akan lakukan. Risau benaknya, takut kami akan berubah..lebih jahil bila berada di dunia luar. Ya, takut ilmu kami hanya 'exam oriented'.
Aduhh! Aku masih tunduk.
"Ayah dan ibu kamu. Fikir tentang mereka. Kamu nak tipu mereka?? Benarkah kamu sedang belajar dan berusaha seperti yang mereka fikirkan??"

Ya, rasa bersalah. Kembali fikir. Tanggungjawab ini sudahkah terlaksana??
Graduasi? Apakah setiap yang dibaja di dalam kampus, pasti disemai baik di luar nanti?? Mendapat buahnya?? Aku..sila fikirkan. Apa yang sedang dan akan dilakukan?
Kalian..ingin sama berfikir??
Aku & satu harapan. Moga aku akan melangkah dengan satu impian yang tertunai. Bakal graduate dengan penuh senyuman. Tanggungjawab yg bakal beralihan ke dunia luar sana, yang lebih banyak onaknya.
Sudahkah bersedia??
3 comments:
apa2 pun segal2nya merujuk kepada pengertian kehidupan seseorang...
(",)ya...merujuk pada pengertian ..sebuah pengertian..tapi apakah penegrtian itu?? bagaimana seseorang mengerti tentang hidup..apa paksi@yardstick nya...itulah yg kita nak sama fikirkan :)
:)
pentingnya insan fikir yang mengajak kita semua untuk sama² berfikir.
tak semua ada kesedaran/pengertian itu...
Post a Comment